Hello my dear, Dreamies. This is your Little Star!
Melayu-lah kita kali ni~ Maybe sedikit Inggeris ^_^
So, aku dapat tawaran matrikulasi iaitu Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Tak tahulah ni rezeki aku ke apa. Actually, mula-mula tu hairan jugak sebab result SPM aku boleh diketegorikan teruk and ingtkan memang takde harapanlah nak dapat tawaran matrik. Rupa-rupanya aku capai tahap minimum kelayakan ke matrik. Pfft. Minimum ye adik-adik sekalian.
But, awalnya otak aku penuh dengan persoalan sama ada nak terima and masuk matrik ni ke tidak? Dah lama dah aku fikir - since the first day dapat tawaran. Waktu tu, aku memang tak nak sangat-sangat masuk matrik ni sebab..... ehem Sains ehem and kembar dia +Math. Aku ingatkan waktu form 5 dulu merupakan tahun terakhir belajar Sains and Add Math tup tup dapat pulak tawaran Matrik Sains haiyoo. Lagi aku lari, lagi dekat aku dengan diaorang berdua ni.
Author dah buat research sikit mengenai matrik esp. KMM kat blog senior-senior yang dah berjaya mengharungi matrik and majoritinya kata, Matrik is a good option lagi-lagi untuk orang yang takde cita-cita tetap macam diri ini. Tapi, aku tak nak tersilap pilih langkah. Dulu dah dapat masuk SBP but tak mampu and terpaksa undur diri. Lepas dua tahun, tawaran ke Matrik pulak datang. Seriously, dulu aku apply sebab nak cuba nasib je. Time tu semua kawan-kawan sibuk nak apply jadi diri ni join je lah.
Apa kata aku cabar diri aku ni?
Tak apa! Kita tanam azam baru. Kalau dulu time SPM tak mampu nak dapat straight, nanti kat matrik make sure dapatkan 4 flat(kalau mampu). Show them that my SPM result was a mistake. I was not serious and thought that luck will get to me like PT3. Nope! There's no luck if there's no hard work!
To me,
If you're about to give up, think of the reasons why you started in the beginning.
Balik kepada cerita KMM.... so after a week or less I finally made up my mind iaitu terima tawaran KMM. Mungkin ini adalah permulaan baru untuk mencapai kejayaan dalam hidup aku. Aku ada apply UPU walaupun pada mulanya memang aku tak nak apply sebab takde apa2 course pun yang berkenan di hati. Aku hanya isi segala yang diminta dan cetak.
Sebelum keputusan UPU keluar, aku dah siap cetak semua borang, panduan bagai dan senaraikan ape2 yang patut dibeli dan dibawa ke KMM nanti. Bukan main excited lagi haha tak sebenarnya. Hanya halfhearted je -_- .
Then, I think about 2 weeks after...keputusan UPU pun keluar. Tak sangka dapat tawaran Diploma Perniagaan Antarabangsa kat Politeknik Shah Alam (dekat dengan rumah kut! memang dulu sengaja apply yg dekat-dekat dengan rumah je haha) Tapi, itu pilihan ketiga aku so, hati aku memang lagi tak yakin lah. Akhirnya, I'm leaving with no choice. Aku akan sambung belajar di Kolej Matrikulasi Melaka! Good Luck to my batch 2017/2018 and all juniors in the future~
Stay update for more stories about KMM. I'll be sure to write more entry about my journey and experience as a KMM student.
Annyeong for now~ Bbyeong!












